Minggu, 01 April 2012

Wahai Hawa Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Istriku

Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Ab...i Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumAmiin ya Rabbal " Alamin




Wahai Hawa yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Istriku..

Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan wajah setampan pengeran, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Hawa yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Istriku.

Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai suami jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak menjadi imam mu untuk solat subuhmu kerana aku ingin solat subuh berjemaah di masjid..

Adakah engkau sanggup jika selepas pulang ku  dari solat berjemaah aku tidak langsung pulang kerumah melainkan aku ingin menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..

Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..

Adakah engkau sanggup jika ketika hari libur kerja ku,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuangan dakwah ku..

Adakah engkau sanggup jika setiap senin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..

Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..

Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..

Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan bersilaturahim ke orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi berbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu...

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku kau harus berjilbab besar, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika penghasilan ku tidak seperti yang kau harapkan..

Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menerima suntingan kumbang yang lain untuk dirimu..

Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Hawa yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Istriku.

Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…

Tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurgaNya..

Pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid dan mujahidah yang soleh dan solehah..

Sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku,

Kau tetap istriku ketika itu..

Namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…

Aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini akan terjadi...

Kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..

Kerana cukuplah Allah bagiku..

mungkin bersamaku akan membuat dirimu merasa bosan & tiada merasa kehidupan ..

Tapi sedarlah wahai bakal istriku bahwa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..

Dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..

Namun, aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..

Kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya dan..

Ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia,

Kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..

Tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia dan sempurna..

Cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu sebagai hamba-Nya...

Kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..

Jika tiada jodoh kita di dunia... semoga kan bertemu di syurga-Nya...

insyaAllah..

Aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian ungkapan isi hati untukmu wahai Hawa yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Istriku.

Ku sayang pada mu, (m2)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Search